Waazu – The Official Sanitizer for Malaysia Astronaut

 

Sebagai seorang doktor perubatan, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar amat faham tentang kebersihan diri. Malah sejak dari kecil lagi, beliau telah dididik tentang pentingnya menjaga kesihatan melalui amalan-amalan yang menitikberatkan kebersihan diri, makanan dan pakaian.

Sheikh Muszaphar ShukorSewaktu beliau berada di Stesyen Angkasa Antarabangsa atau International Space Station (ISS), salah satu aspek yang diberi penekanan kuat ialah tentang kebersihan diri demi memastikan kesihatan para angkasawan yang berada di ISS tersebut.

Waazu menjadi pilihan Datuk Dr Sheikh Muszaphar kerana keunikan waazu itu yang sangat efektif dalam membunuh 99.9% kuman, dan pada masa yang sama, tidak memudaratkan atau toksik kepada pengguna sendiri serta ianya halal dengan 100% bebas alkohol dan berasaskan air.

Bagi individu seperti Angkasawan Negara yang sentiasa bergerak aktif dan perlu kekal cergas dan sihat, Waazu sangat membantu mengekalkan gaya hidup yang proaktif. Penggunaan tanpa was was bagi semua peringkat umur serta boleh di gunakan berwudhu’ jika dalam keadaan terdesak, membuatkan Waazu sentiasa berada bersama beliau untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dan bagi Muslimin serta Muslimah, Waazu adalah satu-satunya sanitizer yang disahkan Halal oleh JAKIM yang 100% tidak mengandungi alkohol serta suci lagi menyucikan, sangat sesuai untuk kegunaan para jemaah Haji dan Umrah di tanah suci.

WAAZU SET B (ENG)

 

Temui Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Duta rasmi Waazu Sanitizer, dalam rancangan Assalamualaikum pada hari Sabtu ini, 29 Ogos 2015, jam 9:00 pagi, di TV Al Hijrah.